Wednesday 27 July 2011

RENUNGAN RAMADHAN Ke Arah Ramadhan Yang Lebih Bermakna

...NANTIKAN cebisan tazkirah menyelami rahsia Ramadhan
untuk bacaan setiap malam …

Renungan RamadhanMuqaddimah




    Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya rahmah, di tengah-tengahnya
maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka.

    Umumnya Ramadhan disambut meriah di Malaysia. Masjid dan surau akan dibanjiri
oleh jemaah yang bersolat terawih. Untuk menambahkan manfaat dari perhimpunan
jemaah setiap malam, ada masjid dan surau yang mengadakan majlis renungan atau
ceramah pendek atau tafsir pendek.

    Ini merupakan satu amalan yang baik kerana ia akan
menjadikan majlis solat terawih sebagai satu medan bukan sahaja untuk beribadat bahkan
juga medan untuk berkongsi Ilmu dan ingat memperingati. Sesuai dengan firman Allah
bermaksud:
Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan memberi manfaat
kepada orang-orang yang beriman”
(Surah Azzariyat: 57)

Dan firman-Nya lagi:
Demi masa, sesungguhnya manusia benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali
orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati dengan
kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran”.
(Surah Al-Asr: 1-3)

   Walaupun begitu, di sana terdapat masalah dari segi kurangnya sumber untuk renungan.
Risalah kecil ini salah satu usaha kerdil untuk memenuhi hasrat ini. Cebisan-cebisan
renungan ini cuba merangkumi pelbagai aspek dari penghayatan Ramadhan.

   Seberapa daya, kami berusaha memastikan kenyataan yang dibuat disertakan dengan hujjah dan
dalil yang terbukti kuat dan dinyatakan sumbernya yang sah.

   Semoga risalah ini dapat membantu kita dalam mengharungi lautan keberkatan dan
rahmah Allah di bulan Ramadhan.




AlFaqir Ilallah,
Dr. Hj. Omar bin Yaakob
Johor Bahru

0 comments: