Monday 12 September 2011

Siapa Anti Budak Surau?

 HiDuP ini MacaM2 KareNaH Oirg~

Di dalam kehidupan, manusia kadang-kadang salah berbuat. Di dalam melalui perit getir kehidupan, setiap manusia pasti melakukan kesilapan. Namun, antara sedar ataupun tidak..

“Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan bersifat lemah.” [4:28]

Ada antara manusia yang bersikap ego, menganggap jalan yang dipegangnya adalah jalan terbaik. Tanpa sedikit pun panduan, tiba-tiba muncul di benak akalnya untuk menyanyi (contoh). Maka dipilih lagu-lagu yang sesuai dengan jiwanya, tidak kira lirik, tidak kira musik.. Asalkan lagu itu sesuai dengan jiwanya. Bila ada orang yang mengkritik, dia akan menjawab, “Aku punya lagu, aku punya sukalah.. Jangan kau sibuk nak jaga tepi kain orang.”


 Lalalala

Dan mereka sedikit pun tidak tahu, apa yang mereka turuti itu sebenarnya adalah nafsu, yang sedikit demi sedikit, cuba untuk mengawal jiwa.

“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?

***

Masyarakat dan Budak Surau

Di dalam lingkungan masyarakat kita, antara sedar ataupun tidak sedar wujudnya dua golongan yang dominan yakni budak surau, golongan anti budak surau, dan juga golongan berkecuali. Setiap daripada mereka ada pendapat mereka yang tersendiri. Tak percaya?

Di sekolah asrama:

Sudah menjadi lumrah di alam persekolahan. Budak-budak yang mempunyai latar belakang keluarga yang cukup islamik, akan menghabiskan masa mereka untuk solat berjemaah di surau dan ada masanya mendengar tazkirah-tazkirah mengingati Allah. Dan, ada juga satu lagi golongan budak-budak yang memang tidak suka untuk pergi ke surau, solat pun dihujung-hujung waktu, kadang-kadang memang jahil dan tak tahu.

Pada awalnya, tidak ada bentuk persengketaan antara dua golongan ini. Semua hidup dengan kehidupan mereka sendiri. Kadang-kadang, kerana semangat untuk amar ma’ruf nahi mungkar, maka golongan anti surau ditegur dan dinasihat. Pantang ditegur, maka budak anti surau pun menjadi emosional dan melempar kata-kata ego seperti, “Eh, Mak bapak aku tak pernah nak marah-marah aku. Apasal kau nak menyibuk haa?”. Maka berlakulah persengketaan kecil-kecilan antara mereka. Akhirnya, mereka membentuk kumpulan-kumpulan mereka sendiri dan terbinalah ‘jamaah’ budak surau (BS) dan juga ‘geng’ anti budak surau (ABS).

 Gambar Hiasan

Persengketaan budak baik yang selalu lepak di surau dengan budak yang tak suka lepak di surau menjadi hangat apabila ustaz masuk campur. Kadang-kadang, BS menjadi ‘kaki report’ yang tegar melaporkan kegiatan buruk ABS. Akhirnya, BS semakin seronok menjadi ‘pengkhianat’ kepada ABS kerana aktivitinya itu membuatkan dia disayangi oleh guru-guru dan ustaz ustazah seterusnya membuatkan dia menjadi ‘anak emas’.

Maka, persengketaan mereka semakin menghebat sekiranya laporan itu membuatkan geng-geng ABS digantung persekolahan atau lebih teruk lagi sekiranya ada yang dibuang sekolah. Kadang-kadang disebabkan ponteng kelas, merokok, meyimpan vcd/buku-buku lucah, berzina/berkhalwat dan macam-macam lagi. Herm.. Adakah persengketaan ini kerana hendak menegakkan agama Islam? Nanti kita bincangkan.

Di Universiti :

Bila sudah masuk ke universiti, setiap daripada jiwa remaja pasti merasakan keinginan untuk merasakan kebebasan. Ada yang melebur, ada yang mencair, dan ada yang menghilang diri. Masing-masing dengan tujuan hidup yang baru, gaya hidup yang baru dan persekitaran yang baru. Maka, persengketaan di antara BS dan juga ABS mengalami rentak baru dengan suasana yang lebih mencabar.

Antara episod-episod yang menarik boleh dikongsikan sepanjang kehidupan di universiti ini adalah ketika saat budak-budak ABS hendak mengadakan konsert, ‘event’, dan juga Pertandingan menyanyi yang lainnya. Pihak BS akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyekat daripada berlakunya ‘event-event’ tersebut. Macam-macam yang dilemparkan. Artikel bersepah di mana-mana, ayat-ayat al-Quran berkumandang mengkritik dalam setiap majlis-majlis di masjid, dan kadang-kadang diadakan ‘event’ gaya Islamik untuk menutup mata pelajar universiti demi mengelakkan mereka terjebak dengan aktiviti-aktiviti lalai tersebut.



Bila api berlawan dengan api, maka apinya cuma akan menjadi besar. Persengketaan mereka tetap tidak surut. Golongan-golongan ABS meniup gelora pergaduhan dengan kata-kata carutan yang dikirim melalui e-mel dan ditulis di blog. Namun, semuanya kembali reda selepas berakhir segalanya. Tetapi, semua itu hanya di luaran, di dalam hati, tiada siapa yang tahu. Dan perkara ini berulang-ulang bila dijadikan acara tahunan dan golongan BS tidak pernah mengalah dalam menegakkan kebenaran, bahkan bangga kerana dapat bertahan.

Selepas habis universiti:

Tamat saja sesi pembelajaran di universiti, kita akan melalui pula alam yang sangat berbeza. Alam pekerjaan, alam perkahwinan, dan akhir sekali kita akan menempuh juga alam orang tua. Segala-galanya bakal berbeza, dan kita juga akan semakin matang dalam menanggapi setiap permasalahan. Sesuai dengan usia kedewasaan. Tapi, maksud kematangan haruslah kita cermati dengan baik kerana kita lebih cenderung untuk matang dalam erti yang kita mahu, bukannya dalam erti yang ISLAM mahukan.

Berbalik kepada persengketaan BS dan juga ABS, tidak disangka-sangka persengketaan tersebut tetap berlanjutan. Sedar tak sedar, persengketaan itu boleh dilihat sendiri antara dua parti terbesar di Malaysia (Sendiri-sendiri tahulah kan~). Parti ‘BS’ dikatakan membawa agenda Islam, dan parti ‘ABS’ menentang idea-idea yang dianjurkan kerana pada anggapan mereka ianya terlalu extreme dan dan tidak sesuai dilaksanakan oleh negara Majmu’ seperti Malaysia. Masing-masing dengan hujah mereka sendiri.



Kadang-kadang, berlakunya ‘cekik-mencekik’ dan ‘tikam-menikam’. Ketika pilihanraya, duit dan propaganda media dikemudi dengan sebaiknya. Kemudian, ditimbulkan pula fitnah dan tuduhan-tuduhan, ibarat tidak ada langsung ‘ukhwah’ antara sesama mereka. Ibarat anjing dan kucing, susah untuk berbaik sangka sesama mereka.

Namun politik zaman sekarang telah banyak berubah, banyak situasi yang mungkin sudah tidak lagi tepat untuk dinyatakan di sini. Tetapi, persengketaan antara BS dan juga ABS tetap berlangsung antara sedar ataupun tidak. Boleh kita sama-sama perhatikan sendiri.

Wallahua’lam, banyak yang ingin diutarakan tetapi takut pembaca penat membaca. Kita sambung perbincangan ke episod yang akan datang, “Kau dan aku, siapa menang?”

Selamat Membaca
sumber..http://tidakbisamenangis.blogspot.com

0 comments: