Tuesday 13 September 2011

Tuhan Beri Aku Cinta



CinTa ItU MeMberi InSpirasI DaLaM HiDuP..

Walaupun aku tersenyum, bukan berarti aku selalu bahagia dalam hari. Rasa kecewa dalam diri, rasa marah dalam diri, keinginan aku, semuanya aku pendamkan. Agar tidak ada siapa yang risau akan diri ini.


Bagaimanakan hadir cinta sejati, sekiranya cinta masih tidak hadir dalam diri. Bila masih tidak mengenal Allahu rabbi. Bila cinta adam dan hawa masih menyandar lebih tinggi di dalam hati. Zikir dan munajat masih tidak mampu menawar duka. Walaupun dikatakan ketika cinta itu bertasbih.

Ya Allah, berikanlah restu dan halalmu. Tegurlah aku dalam lekaku. Hanya, sentuhanMu ya Rabbi yang mampu menyedarkan aku. Hanya Kau yang menemani tatkala sepi aku. Semoga diri ini peroleh taqwa dalam menyunjung namaMu di Ramadhan ini..

***

Tak Tahan Dikeji

Setiap langkah aku memperjuangkan agamaMu, aku jumpa pelbagai karenah manusia. Dan aku lihat diri aku di dalam mereka. Ketidaksempurnaan yang masih belum mampu dipadamkan.

*Solat

Aku cuba mempergauli mereka. Namun, semakin hari semakin aku hanyut. Tanpa aku sedar, kerana aku melalaikan diriku. Tatkala waktu solat, terpengaruh dengan ketidakendahan mereka menidakkan seruanMu. Walau berkali-kali mengajak, mereka tetap di situ.

Walaupun mungkin rasa kesal dalam hati. Tetapi, aku juga memberatkan punggung, terpaku di situ. Maka solatku lalai dari awalnya..

*Quran

Mulut yang selalu bertasbih bertambah berat. Al-Quran yang selalu menemani di sisi terasa beban untuk dibawa ke mana-mana. Kerana aku perasan sibuk, setiap waktu aku penuh dengan kerja. Setiap waktu aku lelah. Terasa diri tidak mampu kerana diri ini berpuasa. Maka lidahku akhirnya semakin kelu dan keras dari menyebut nama Tuhanku.

“Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-hikmat-Mu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmat-Mu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.”

*Qiyamullail

Walaupun nabi senantiasa berpesan pada umatnya. Namun pesannya aku buat tidak endah. Telinga yang sudah sedia tuli, ku tutup menandakan protesku. Aku beralasan dan beralasan, “Buat ibadah yang biasa-biasa sudah mencukupi. Tidak perlu aku mencari lelah.” Tanpa aku sedar, pesannya itu untuk menjadikanku hamba yang bebas pengaruh nafsu.

Pesan Murabbi hanya menjadi pesanan. Aku langsung tidak merasakan kewajiban. Aku takut tidak menemui keikhlasan. Maka, pagi-pagiku dihabiskan di hadapan komputer riba membawa fikiran ku hanyut. Kabur dengan ilmu sendiri, masih lagi tidak mendapatkan kefahaman suci.

Puasa

Hidangan berbuka, tersedia di depan mata menunggu untuk dimamah insan yang kelaparan. Hikmah di bulan Ramadhan cukup-cukup membuatkan perut yang berkeroncong itu tidak tahan. Akibatnya, bila sudah terlebih makan, badan terasa berat beribadah. Tarawikh yang dinantikan, terpaksa ditangguhkan kerana takut tidak khusyuk dimainkan rasa ngantuk.

Dalam bermujahadah memperbanyakkan pahala di Ramadhan, banyak sungguh ujian yang menggugat iman. Lebih-lebih lagi dalam menahan pandangan. Walaupun di bulan Ramadhan, masih lagi ramai yang bersikap ego dan tidak menjaga kesucian pandangan. Kesian jiwa lelaki beriman yang masih bujang, terpaksa mengawal gelora jiwa. Dan di bulan Ramadhan ini, keinginan menikah meninggi lagi..

***


1 comments:

HafidahNorin said...

betul2 kata2 awk tu....ada jg yg terjadi dlm diri ini..manusia ttp kurg,tiada sempurna spt Rasulullah..namun mncr kesempurnaan adalh perlu