Monday 21 November 2011

Ikhlas kah Kita???


~Bismillah~


ikhlas kah kita dalam melakukan sesuatu pekerjaan??

Dari bangun dari tidur sehingga kita tidur kembali.. Adakah kita ikhlas?

Baru2 ni sume org cakap "awk perlu ikhlas dlm amanah yg diberi"..

senang je ckp.. tpy pelaksanaan nye sangat2 susah sebenarnye..

Semalam lpas solat magrib.. saje berkongsi ttg IKHLAS dgn roomate . .



"Ikhlas ialah kedudukan paling tinggi selepas Iman. Ikhlas adalah rahsia Tuhan sehinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia juga adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak".
"Terdapat para sahabat yang apabila mendengar tentang ikhlas mereka akan menangis. Mereka berasa tidak selamat dan tidak mungkin dapat memperolehi ikhlas kerana begitu tingginya nilaian untuk mendapat sifat ikhlas".
"Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Sesiapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas maka secara automatik keikhlasannya terbatal."
Ikhlas diibaratkan murni, bersih, jenisnya sahaja dan tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung kerana apabila sudah bercampur dengan benda lain ia sudah tidak tulen lagi.
Katakanlah: “Sesungguhnya shalatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am: 162). 
Surat Al-Bayyinah ayat 5 menyatakan, “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus.” 
Rasulullah saw. bersabda, “Ikhlaslah dalam beragama; cukup bagimu amal yang sedikit.”

Sumber: http://www.dakwatuna.com & iluv islam.com


0 comments: