Wednesday 21 December 2011

5 Pengurusan MIMPI

 

"Kenyataan hari ini adalah mimpi kita semalam, dan mimpi kita hari ini adalah kenyataan hari esok" (Hasan Al-Banna)

"Bermimpilah engkau setinggi langit" (Pepatah)

Setiap orang mempunyai kawasan mimpi yang berbeza, kerana setiap orang bebas untuk bermimpi, seperti burung yang terbang di angkasa, setiap orang boleh memilih ingin menjadi begini dan begitu, mahu ini dan itu, yang intinya menggambarkan cerita sukses kehidupan, dan seluruh mimpi itu terangkum dalamberjuta-juta keinginan kita. keinginan yang tak tahu di mana hujungnya masa dan tempatnya.

Mimpi adalah suatu hal yang sangat urgent dalam kehidupan kerana akan menunjukkan peta dan langkah kejayaan kita. Mimpi memang membuat hidup jadi lebih indah kerana kejayaannya, namun banyak juga mimpi yang tak tergapai dan tak terbeli.Hanya orang mati sajalah yang tidak mempunyai keinginan dan mimpi.

Berani bermimpi adalah langkah awal untuk berjaya, dan ketakutan kita untuk bermimpi awal dari kesalahan fatal dalam kehidupan. Selalu memperbaharui mimpi akan menjadikan hidup lebih bersemangat dan obsesif, meninggalkan dan melupakannya akan sebaliknya. Membatasi mimpi akan menjadikan kita terkongkong dalam sebuah tempat yang membuat gerak dan langkah kita terhad.





Ada 5 perkara, bagaimana kita menguruskan mimpi-mimpi kehidupan kita:



1. Faktor mental

Mimpi itu sangat dekat kaitannya dengan khayalan dan pemikiran, olehnya faktor mental menjadi sangat berperanan.Mimpi besar hanya boleh dilahirkan orang yang mempunyai mental besar, orang mempunyai mental langit yang dekat dengan Yang Maha Besar. Liputan mimpi dan berfikirnya akan jauh ke depan, menembus batas kehidupan selepasnya, ia akan menghasilkan karya-karya besar dan luar biasa dalam kehidupannya, sebaliknya orang yang takut kepada makhlukNya akan melahirkan mimpi yang kerdil, mimpi hanya tentang harta, takhta dan wanita, hanya mimpi sesaat dan sejauh mata memandang.
2. Reasonable
Mimpi itu memang harus masuk akal dan logik, i-reasonable mimpi akan hanya menjadi mission impossible kehidupan sebagaimana dalam filem-filem. Ada dua logik bagaimana kita merasionalkan mimpi, pertama: Logik Langit, Tuhan tahu apa yang terbaik untuk makhluk-Nya, logik langit adalah logik agama, inspirasi mimpi yang berpunca dari Wahyu dan sabda Nabi-Nya.Kedua; Logik Manusia, Tuhan tidak mendatangkan hujan emas dari langit, tapi mimpi itu harus logik dan boleh dikerjakan manusia, bukan sesuatu yang mengawang-awang.

3. Jelas

Banyak orang bermimpi, namun hanya sepintas lalu, samar-samar atau hanya setengah hati. Seyogianya mimpi itu haruslah jelas, plus minusnya, bagaimana gambaran detail mimpi itu, hipotesis mimpi dan rencana aksi harusnya suatu hal yang jelas dan tersusun dalam planning kehidupan. Kegagalan kita mendeclear, men-zoom dan memperjelas mimpi adalah kegagalan kehidupan kita.

4. Terkoneksi

Sambungan adalah sebahagian dari kejayaan mimpi, kadang-kadang ada suatu hal yang sebaiknya dikerjakan oleh bukan diri kita, tapi oleh yang lain. Kita boleh bermimpi dan merancang tapi Tuhan juga punya rencana, manusia yang lain juga punya keinginan dan rencana, tinggal bagaimana kita menyambung, mengkoneksikan dan menyesuaikan antara mimpi kita, rencana Tuhan dan keinginan manusia.

5. Sumber-sumber

Pengetahuan dan pemilikan sumber memberikan pengaruh besar dalam menjayakan mimpi. Sumber-sumber langit adalah sumber daya tak terhad, "berdoalah (mintalah keinginanmu), Nescaya akan Aku kabulkan". Di sisi yang lain, sebaiknya kita saatnya berfikir bagaimana mimpi kita boleh dibiayai orang lain, kerana jika bergantung sumber peribadi, akan sangat terhad.Ketiga sumber ini jika terhingga dan diintegrasikan akan sangat membantu kejayaan mimpi kita


0 comments: